Friday, August 29, 2008
Pemergian seorang sahabat...
Dunia ini hanya sementara, tiada yg kekal abadi... pemergian arwah ternyata sangat mengejutkan n pagi tu diriku dihujani dengan calls n smses.. Words cannot even begin to express our sorrow.. sebak, terkejut dan kelu... Jibam telah meninggalkan kita n cik mon cedera parah...
Arwah akashah a.k.a jibam n wife, asmahani a.k.a cik mon
My classmate ni sains kedah

To our beloved brother mohd akashah a.k.a Jibam,
Our thoughts and prayers are always with you. such a great friend and accompany.. Al- Fatihah..

To cik mon,
Although no words can really help to ease the loss you bear, just know that arwah is very close in every thought and prayers. I'm deeply saddened by your loss n will always with you during this time of grief. Please accept my deepest condolences. May Peace come to your heart

petikan daripada KOSMO Jumaat 22.8.2008

Mati selepas selamat anak


KERETA Wira milik Akashah yang remuk selepas terjunam ke dalam terusan Wan Mat Saman di Batu 5, Jalan Tandop, Alor Star semalam.


ALOR STAR - "Dalam keadaan tersepit arwah sempat hulurkan anak lelakinya kepada orang ramai sebaik keretanya terjunam ke dalam terusan bagi mengelakkan bayinya lemas.''

Demikianlah cerita Azmi Din, 56, ahli keluarga kepada tiga beranak yang menaiki Proton Wira yang terbabas sebelum terjunam ke dalam terusan Wan Mat Saman di Batu 5, Tandop pagi semalam.

Menurut beliau, orang ramai kemudian menghubungi bomba dan sama-sama cuba menyelamatkan Mohd. Akashah Abdullah, 28, dan isterinya Asmahani Ariffin, 28, yang tersepit dalam kereta.

Bagaimanapun, katanya, malang bagi Akashah dia meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Azmi, bapa saudara kepada Asmahani memberitahu, Asmahani dirawat di ICU.

Bagaimanapun, ujar beliau, anak Asmahani, Mohd. Omar, 1, tidak cedera tetapi dia perlu diberi pemerhatian doktor.


GAMBAR kenangan, Akashah yang meninggal dunia dan isterinya, Asmahani yang cedera parah.


Katanya, keluarga malang itu dalam perjalanan dari Tanjung Malim untuk pulang bercuti di rumah keluarganya di Jalan Pegawai dan Taman Serindit di Jalan Langgar di sini.

Dalam masa sama, mereka juga bercadang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka serta menziarah sepupu yang baru berkahwin pada minggu lepas.

Tambah Azmi, Akashah menetap di Tanjung Malim dan arwah bekerja sebagai pegawai bank di situ manakala isterinya merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

posted by zoulle @ 8:54 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
about me
My Photo
Name:
Location: ~penang, kuantan, rome~, Malaysia

~under construction~

Post Terdahulu
Archives
Comments

Links
Template by
Blogger templates