Tuesday, March 24, 2009
Tenggiling Yang Sakit…
Bebaru ni tenggiling den tu masuk spital.. cian dia.. actually since den dihadiahkan tenggiling ni, form 4 masa tu, jarang bona dia wat masalah kat den. Tapi lately atas penggunaan yang brutal yang berterusan selama 7 tahun meredah onak dan duri ladang ni, rempits tiap2 hari tanpa mengenal hujan dan panas approximately 34km sehari kecuali di hari cuti.. tiba masa beliau pun jatuh sakit.

Dulu masa ada cik kelisa rally den tu tak le tenggiling ni bekerja keras sampai cenggini sekali. Rasa mcm nyesal plak let go cik Kelly tu sebab kalau nak beli lain skang ni model2 cik Kelly tu da mahal.. hampess tul.. back to my beloved tenggiling, sbelum dia masuk spital da menunjukkan simptom2 yang pelik.. bunyi henjen jadi kasar je.. actually 3-4 bulan sbelum tu baru je den hantar g grind valve, tukar piston n piston ring, potong block segala mak nenek. Sibuk mencantikkan head upanya block yg bawah – tempat piston rod n gear tu den lupa nak amek kisah..


Pada hari kejadian, time balik dari skool tu singgah bengkel dulu, Tanya kat pomen nape henjen tu pelik je bunyi dia. Pomen tu cakap rod ada problem n kalau lelama bole jammed piston tu. Then dia cakap bole pakai lagi 2-3 minggu tapi sbelum g tanya dia bunyi pelik tu da dekat 2-3 minggu le gak.. tapi atas dasar kepercayaan den kat tenggiling den tu yg jarang benar memberi masalah (kalau masalah pun mintak abis.. sebab meter minyak da osak.. huhu), den bantai le rempits mcm biasa balik ke umah.

Masa bawak tu da rasa mcm tak best sangat.. rasa x sedap hati je.. lagi lebey kurang 6km nak sampai umah, depan simpang ke SMK Pontian Jaya, henjen jadi semput.. mcm mintak tak masuk carburettor.. mula rasa x best.. benti dulu, check petrol ada banyak lagi.. crank n start skali lagi henjen da hidup x hidup, bagi over rammed sket pastu masuk gear lagi.. jalan around 10 meter den dengar henjen tu da bunyi berselerak.. KOMPOM jammed da piston.. pastu terus henjen mati n tayar blakang takleh pusing. Shit tul.. offkan suis, try engko slow2 bole lagi.. freekan gear bole lagi dats mean tak kronik sangat jammednya. Da takleh jalan so tolak tenggiling tu kat bus stop depan simpang tu, call driver suh fetch n balik tidur dulu.. huhuhu.. letih beb tolak moto..

Bangun tidur tu contact geng2 untuk jalankan misi menyelamat. Memula nak tarik bawa balik umah je tapi memikirkan takde bengkel dekat dengan umah, terus lajak ke tanjung gemuk, pinjam Storm bos. Bawak plak storm g amek tenggiling tu, naikkan atas storm n bawa ke bengkel kat tanjung gemuk. Sampai bengkel da malam so tinggal dulu kat umah bos. OTW nak g umah bos tu den duduk blakang storm tu bsama tenggiling kesayangan.. rasa mcm sedih je dia jadi cenggitu. Rasa mcm indon nak g ladang plak bila duduk blakang storm cenggitu.. huhu..

Esoknya g skool tumpang enchik guru pra yg kacak itew. Balik skool baru antar moto g bengkel.. geleng kepala pomen tu tengok moto..” haiyaaaa.. gua ingat bole tahan lagi satu dua minggu.. suda jammed ka.. manyak suey la..” suey palotak ko.. memandangkan takde moto time tu, terus dia buka head, turunkan henjen.. cabut je head, dengan nervous den perati piston… gosh, sib baik still in good condition. Block pun lawa lagi takde calar2.. timing chain pun ok.. pastu crank sket bagi piston ke depan baru le bole identify masalahnya.. connection pin kat piston rod tu da haus (haus bagi minum air arrrr), sebab slama guna tak penah pun serbis menatang tu. Tu membuatkan piston bergerak secara membabi buta n henjen jadi kacau. Dari 1320hrs gua lepak tengok pomen tu bikin henjen tu sampai le 1800hrs baru driver sampai fetch terus g pasar malam. Bagus pomen tu buat. cermat dan teratur.. mintak tolong cik viva yang cumil tu belikan teh ais terminal yg best tu pun dia x beli.. sampai atiiiii…

Ikutilah pic2 pembikinan henjen tenggilingku itew.. hihihi..

Besar rantai emas pomen tu.. hihihi.. sure banyak untung tu..
N ni je la meja bedah yg diorang ada.. huhuhu.. mengoperate henjenku itew..


Inilah rupa dalam henjenku itew.. not bad kan utk tenggiling berusia belas2 tahun.. sayangilah tenggiling anda, selalulah tukar minyak henjennya.. huhu.. nampak tak rod terjulur kuar sket kat tepi tu..



Sejibik henjenyg belum dicerai beraikan.. tu rod ngan timing chain.. henjen yg kaler silver tu da berumah jadi kaler hoyen dek debu2 liar ladang..


Tengok tenggilingku itew.. absorber skru kecik lagi.. dats mean tu yg dari kilang.. belas2 tahun pakai tak tukar p0ns absorber belakang tu.. huahuahau.. jimat jimat.. dulu kaler kelabu tenggiling ni tapi da tukar jadi hitam.. seat koyak angkara kerakusan kucen2 kat sini.. n inilah rupa tenggiling tanpa henjen..


Kat part ni le punca permasalahan terjadi.. yg kaler bronze tu le piston rod. Menatang tu satu je da RM150 mengikut jurucakap pomen tu le.. tapi kalau beli seniri tak sampai harga tu arr… tapi sib baik menatang yg besar tu tak osak sama.. benda tu je da RM700.. huhuhu.. benda ni le yg akan pusing lalu membuatkan rod to menarik piston ke depan dan belakang.. ala… korang sure tau nyer la cane benda ni beroperasi.. ele, mcm tak biasa plak.. huahauhauhauahu..


Kalau bagi korang rasanya korang brani pasang tak? Huhuhuhu.. macam2 ada tu.. mangkuk clutch, gear2 yg ada ikat ngan wayar tu, oil pump, clutch plate, bearing2, auto clutch, timing chain, engko, spoket kecik, skru2 mak nenek dan sewaktu dengannya.. den pun kalau bagi sure tatau pasang. Buka kalu insyaallah bole tapi pasang sori le.. hihihi

kenangan merempit bersama cik Kelly satu masa dulu.. hihihi.. yg bawah ni di lain kejadian plak..

Keesokkan harinya masa siaplah tenggilingku itewwww… kena plak pantang sebulan takleh merempit sakan sebab baru operate. Sabo je lahhhhh.. mintak je bil.. brapa hengget ea korang rasa.. bearing2 sume den tukar ke high performance, sejibik 70 hengget n ada le 7-8 bearing.. workmanship je 80 hengget. Minyak henjen lah, filter lah, itu lah ini lah.. hmmm… sangap le jugak dibuatnya.. kikiki.. till now, still meamndu secara berhemah, maklumlah, probation period kannnnnnn… but now tenggiling itew bekerja sengan smooth n cemerlang sekali, mcm bawak tenggiling baru.. huhuhuhuhu.. sape nak test meh arrrr… tapi takleh lelaju lagi.. adehh, penat dah cite bab tenggiling. Dah le ea.. sekian cerita tenggiling ini..

posted by zoulle @ 9:27 AM  
3 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
about me
My Photo
Name:
Location: ~penang, kuantan, rome~, Malaysia

~under construction~

Post Terdahulu
Archives
Comments

Links
Template by
Blogger templates